Punca Ustaz Don elakkan dari guna TISU BASAH ketika membersihkan kotoran pada anak2..

Saya kan dari anak nombor satu lagi saya memang bukan jenis yang suka guna tisu basah.. Saya guna tisu basah pun biasanya ketika kita baru lepas bersalin & masih duduk di wad.. Kalau di rumah, saya lebih selesa cuci najis anak tak kira samada najis kecil atau besar, saya akan guna air paip @ bawa anak ke sinki atau bilik mandi.. Saya ingat lagi, masa berpantang anak nombor satu, saya berpantang di rumah parent saya tau, pagi2 buta, pukul 1 2 tu pun, memang saya atau mak pergi cuci najis anak di tandas.. Yela, kadang2 anak kan terjaga sebab ada najis dalam pampers dia..

Tabiat tak suka guna tisu basah ni, terbawa2 ke anak2 yang lain... Eh, sebenarnya ianya bukanlah tabiat sangat kot, tapi lebih kepada menjaga kebersihan.. Saya ni jenis tak suka kotor2, lebih2 lagi kalau bab2 najis ni haa... Bagi saya, kalau basuh guna air paip tu lagi puas... Lagi satu, saya pun duk teringat, masa saya kerja dulu, ada sorang rakan pejabat saya berbangsa bukan melayu, ada masalah sikitla dengan tuttt dia tu, bila pergi jumpa doktor, dia bagitahu apa ntah masalahnya, saya dah lupa pulak, tapi jalan penyelesaiannya, doktor suruh dia basuh setiap kali lepas membuang samada besar atau kecil, kiranya tak payah lap guna tisu je...


Saya tak guna tisu basah tu sebab saya tak suka kotor2, tak tahu pula ada kebaikannya.. sehinggalah saya terbaca pasal Ustaz Don ni.. rupanya Ustaz Don pun tak guna tisu basah... Punca Ustaz Don mengelakkan diri dari guna tisu basah setiap kali ingin membersihkan kotoran pada anak2 ialah dengan alasan "lebih afdal menggunakan air kerana lebih terjamin kebersihannya"... Bila kita jaga kebersihan, nescaya terhindarlah kita daripada gangguan syaitan... Saya tertarik dengan part "terhindar dari gangguan syaitan" tu... 

Makanya tak salah pun jika kita ubah cara kita yang biasa tu kan... Kalau anak2 sebelum ni kita suka guna tisu basah, makanya tak salah pun jika kita tukar kepada rutin pergi basuh kotoran anak tu guna air... Lagipun anak2 kecil ni memang banyak benda yang suka dekat mereka.. Mereka mudah diganggu, maybe kita boleh guna cara ni sebagai inisiatif dari anak kita diganggu ke kan.. InsyaAlllah... 

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

5 comments.. read them below or add one

nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI November 07, 2016
ada btoinya juga cara ustaz tu..

sbb skg ramai mak mak terdedah pd tisu basah. lap je. dah takde cuci guna air.
Unknown Unknown November 07, 2016
take noted ni kak! tq sharing
arzmoha arzmoha November 08, 2016
tisu basah pun tidak baik untuk kanak-kanak
Siti Sharini Siti Sharini November 08, 2016
saya pun kurang suka. lagi satu sebab mahal tisu basah tu huhu.
ewanthology ewanthology November 08, 2016
semua dah x ngaku guna tisu basah nampaknya... :-)