Link softcopy ABC Cafe File Folder Game

ABC Cafe Folder Game ni, saya saja2 buat sebagai persediaan Aqilah masuk tadika tahun depan, saya kena ajar juga walaupun saya sekarang sedang ajar Aqilah membaca guna kaedah fonik... Maksud saya macam ni, saya ajar anak solehah Aqilah guna kaedah fonik @ bacalah anakku, kan dalam kaedah fonik, kita kena ajar anak bunyi huruf bukannya nama huruf... Saya ni sajalah buat juga aktiviti pembelajaran untuk anak saya mengenal ABC huruf besar dan huruf kecil, puncanya saya taknaklah nanti bila anak saya masuk tadika tahun depan, cikgu ajar ABC nanti anak saya tak tahu apa... Time tu takut saya pulak yang rasa bersalah bila cikgu komplen pasal anak.. Ohya, insyaAllah tahun depan Aqilah akan bersekolah di tadika KEMAS & tadika tersebut ajar macam kita dulu2 la, ajar kenal ABC, lepas tu suku kata, bukannya ajar kaedah fonik... 

Takpala, saya akan buat macam Alisha sebelum ni, di rumah belajar kaedah fonik manakala di sekolah kaedah suku kata.. Ikut pengalaman Alisha, alhamdulillah dia tak keliru.. eh, pada mulanya Alisha nampak macam keliru juga tau, tapi lepas tu saya selidik balik, rupanya saya yang buat anak keliru..!! Yela, cara saya ajar tu pun saya dah rasa salah, sebab saya sendiri tak faham pasal kaedah fonik ni, lepas tu saya pulak ajar anak dalam keadaan diri sendiri tu yang tak faham... Haru betoi..!! yang penting, sebelum ajar anak guna kaedah fonik, diri sendriri harus belajar terlebih dahulu... 

Dalam tempoh sebulan saya ajar kaedah fonik, Alhamdulillah Alisha dah boleh baca.. Tak sangka juga, di pra sekolah ni, dia terpilih untuk masuk pertandingan mengeja wakil sekolah, nampak tak?? dalam orang duk kata, anak2 yang belajar fonik ni tak pandai mengeja tapi Alhamdulillah Alisha buktikan yang dia tahu mengeja... Alhamdulillah, puji-pujian pada Tuhan yang memudahkan urusan Alisha... Saya harap, dari pengalaman ajar Alisha tu, dapat saya gunakan untuk ajar Aqilah pula, moga Tuhan terangkan hati Aqilah untuk menerima pembelajaran tersebut... InsyaAllah...


Untuk ABC Cafe Folder Game ni, saya guna untuk ajar Aqilah huruf besar dan huruf kecil... kad ABC tu ada 2 jenis, satu kad huruf besar dan satu lagi kad untuk huruf kecil..


Cara guna dia mudah je, sebagai contoh, saya letak huruf besar di semua badan "orang" tersebut, lepas tu, anak saya dikehendaki hidangkan makanan mengikut huruf2 di badan "orang" tersebut...


Ohya, di kad "menu" semua nama di menu bermula dengan huruf kecil tau, so, bila saya letak huruf besar di badan "orang" tersebut, makanya di sinilah berlakunya proses mengenal huruf besar dan huruf kecil.. Saya bagi contoh, huruf P untuk pumpkin pie.. InsyaAllah anak2 kita pasti seronok untuk belajar.. Sambil main, sambil hidang makanan dekat pelanggan, sambil mereka belajar ABC... Ololoooo seronoknya pembelajaran anak2 zaman sekarang.. Saya dulu, tak dapat pun belajar sambil enjoy2 macam ni (",)

Link Entry : https://mrprintables.com/abc-cafe-file-folder-game.html
(Link softcopy, u all kena download, di mana link untuk download tersebut berada di bawah sekali entry tersebut)

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

3 comments.. read them below or add one

Fatimah Nabila Fatimah Nabila November 10, 2016
rajin sungguh tau, tpi cm sya pulak yg xcited nak main..
Siti Sharini Siti Sharini November 10, 2016
baguslah..teruskan usaha chaiyokk
Sheila Salim Sheila Salim November 10, 2016
Assalamualaikum kak ina. Wahh bestnya fonik. Debor lak rasa nak lalui pengalaman anak nak masuk sekolah. Hehehe kak ina, sheila cadangkan nanti up satu entri. Letak link2 berkaitan pembelajaran anak2 kak ina. Senang nak save atau bookmark hihiii