Ibu JANGAN MAKAN kunyit, halia, bawang putih & lada hitam ketika anak masih kuning @ jaundis

Ketika saya berpantang anak sulung tahun 2010, saya berpantang di rumah parent saya... Masa ni anak solehah Alisha ada kene kuning @ jaundis juga tau, maklumlah, dah si ibunya darah O, memang ada peluang la kena kuning @ jaundis ni... tapi takdalah sampai kena masuk wad, cuma ulang alik ke hospital je... Mak saya keje di klinik kesihatan tapi bahagian gigi, yang datang checkup saya tu, kira mak saya kenal jugala kan sebab mereka bekerja di bangunan yang sama..

Biasalah, kalau berpantang mesti menu kita tak lari dari letak lada hitam la halia la kan... Itu kira benda yang wajib dalam menu berpantang.. Dalam tempoh misi datang melawat saya di rumah tu, saya lupa samada saya yang bertanya misi atau misi sendiri yang nak bercerita.. katanya, kalau anak kuning "JANGAN MAKAN LADA HITAM, HALIA, BAWANG PUTIH & KUNYIT".. Bila anak dah takda kuning baru masukkan bahan2 tersebut di dalam masakan kita.. Lepas tu, menu saya jadi "kosong" la, dah takda letak benda alah tu semua... Tapi betoi tau u all, lepas dah stop semua tu, memang kuning @ jaundis anak terus turun...

Itu saya punya pengalaman.. lepas tu ada sorang kaum kerabat saya ni, anak dia kuning lama tau, kuning sampai doktor cakap kalau tak turun juga kena tukar darah... Saya pulak jenis suka bercerita, lebih2 lagi bila tahu orang tu macam tu macam ni, mulalah saya nak berkongsi petua, tips atau cara yang saya lakukan... Bila ditanya pasal menu berpantang, memang dia ada letak halia, so, saya bagitahulah apa yang misi tu cakap kan... Alhamdulillah dengan takdir Tuhan, lepas dia stop dari bahan tersebut dalam masakan, terus kuning @ jaundis anaknya turun.. Alhamdulillah tak payah tukar darah...

Kita kan menyusu badan anak, so, secara tak langsung, apa yang kita makan tu bagi kesan dekat bayi kita juga la.. Cara terbaik untuk turunkan kuning atau jaundis bayi adalah BAGI MINUM SUSU IBU BANYAK2... Saya ada berkongsi tips di entry cara kurangkan kuning bayi mengikut kata doktor, insyaAllah, susu ibu adalah susu terbaik..!! Bagi je anak minum banyak2, buat seperti tips yang saya cadangkan tu... tak perlu bagi apa2 dekat anak selain dari susu ibu selagi ianya belum berusia 6 bulan termasuk air masak, kecualilah kalau doktor suruh (untuk masalah tertentu)..
"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
Ibu JANGAN MAKAN kunyit, halia, bawang putih & lada hitam ketika anak masih kuning @ jaundis

2 comments.. read them below or add one

Amin Hakim Amin Hakim November 13, 2016
Baru taw nie.. terima kasih bagi tahu admin