Hadiah anok kang moden sebagai reward untuk anak (link untuk softcopy)

Saya kalau anak rajin ke, dengar cakap ke, peel bagus ke, saya memang tak teragak2 untuk bagi reward dekat mereka.. Saya rasa macam satu kepuasan bila bagi anak reward.. Saya perasan, bila saya buat macam tu, anak2 saya akan buat lebih lagi lebih lagi dari apa yang dia dah buat... Contohla reward sebab mereka rajin study, bila dapat je reward, mereka jadi lebihhhh rajin untuk study, tak keluar main pun takpa... hahha... hebatkan penangan reward ni dekat anak2...

TAPIIII.. haa ada tapinya... saya bukanlah bagi reward yang berlebih-lebihan, udah kata selalu bagi reward, takkan lah asal nama reward je nak kene pergi beli di kedai kan... hari ni saya nak kongsi dengan u all salah satu yang saya telah bagi "hadiah" dekat anak sebagai reward...  


REWARD tersebut adalah ANOK KANG versi moden..!! perghhhh ini pun boleh jadi reward.. hahhah... Punca mereka dapat reward anok kang ni sebabnya semalam saya telah minta tolong anak saya gunting bahan bantu mengajar @ sight word yang boleh tahan tebalnya... Anak saya gunting dengan bersemangatnya, seolah2 seronok sangat dapat menolong ibu mereka ni haaa... saya yang tengok mereka buat tu pun sampai rasa terharu... Bila anak saya penat, berhenti sekejap, lepas tu sambung gunting semula...


Disebabkan kerajinan mereka tu la, saya tiba2 terpikir nak buat surprise @ bagi reward.. Anak tidur, gigih saya buat anok kang ni... Anak dah la 3 orang, terpaksalah buat 3 juga kan, takkan la nak buat dekat yang menolong je, nanti adik duk berebut yang kakak pula... Anok kang ni saya print, gunting, laminate lepas tu gunting kembali... Untuk lekatkan pakaian, saya tampal dengan velcro... Anak2 saya memang teruja la u all dengan anok kang ni, siap mereka boleh imagine jadikan anok kang ni anak murid & cikgu... hahhaha.. Kemain tau dorang ni.. Afrina tu pun sama juga, pandai jugak main.. saya perhati Afrina main, dia pakaikan anok kang tu baju, lepas tu dia bawak anok kang tu jalan2, sambil jalan2 tu, anok kang tu berborak sesama sendiri.. hahahhahhah

Ohya, saya print anok kang ni untuk 3 musim tau, setiap satu musim ada sepasang anok kang.. Satu musim panas, satu musim bunga & satu musim sejuk... Siapa kata nak bagi reward dekat anak perlu bagi yang mahal2... Reward macam saya ni, yang hanya keluarkan tenaga je pun mereka hargai sesangat... Lagipun apa yang kita buat tu, pasti terselit "kasih sayang" kan u all.. pasti mereka lebih hargai kita yang sanggup korban masa untuk buat semua ni... insyaAllah..

Summer Clothes 

Link Entry : http://teachingmama.org/summer-clothes-dress-busy-bag-free-printable/
"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

4 comments.. read them below or add one

bintang_zue bintang_zue November 28, 2016
wah, dah lama tak main camni. dengan kadar segera saya akan download. terima kasih ya sebab berkongsi.
Nur Zahirah & Hafizan Lutfi Nur Zahirah & Hafizan Lutfi November 30, 2016
menarik dan saving jugak sebenarnya kan.
Unknown Unknown February 19, 2017
comel nyeeee..lagi comel dari anok kang yg dijual dikedai