AllahuAkbar.. ini rupanya sikap sebenar anak-anak saya

AllahuAkbar... puji-pujian pada Allah... Teruskan memuji Allah untuk setiap apa yang berlaku ke atas kita atau anak2 kita, samada kita menyukainya atau pun tidak, kerana sesungguhnya apa yang berlaku adalah yang terbaik buat kita semua!! Saya ni memang mak2 sangat bila melibatkan anak, sekecil2 yang anak lakukan, effect dia sangat terkesan di hati saya... kadang orang tak perasan pun benda tu, malah orang kadang tengok ianya dengan mata kasar je.. tapi bagi saya, saya suka melihat perangai anak2 kecil ni, bukan sahaja anak2 saya tapi anak orang lain juga, dengan menggunakan mata hati @ mata yang halus tu... Eh, saya boleh keluarkan air mata tau bila melibatkan kanak2 ni...

Selama ni kalau kami keluar pergi mana2, mesti my dear ada sekali la kan... Keluar pergi beli barang dapur seperti TESCO ke, Afrina kebiasaannya akan di letak di dalam troli (suami yang handle) manakala Alisha dan Aqilah biasanya berjalan sendiri... Anak2 saya kalau berjalan sendiri, mereka pun ada je nak sentuh barang itu sentuh barang ini tapi Alhamdulillah mereka masih lagi berjalan seiring kami, kiranya takdalah sampai tahap berlari sehingga hilang dari pandangan mata kami.. Ada juga ketikanya mereka merengek bagitahu nak itu nak ini.. Kena cakap 2 3 kali jugaklah dekat mereka kenapa tak perlu beli apa yang mereka minta itu... Ada ketika, mereka pula yang terangkan kepada kami kenapa mereka nak juga.. hahha.. biasalah anak2 kan..

Nak dijadikan cerita, ketika hari sabtu baru ni, saya ajak my dear pergi ke Mydin, tujuannya saya nak beli barang untuk buat kek coklat dekat anak2... Bila sampai di Mydin, my dear duduk di atas kerusi rehat, katanya dia malas nak masuk dalam Mydin.. so, saya pergilah masuk sorang2, dengan niat nak tinggalkan anak2 dekat my dear je... Tapi tu la, ketiga2 orang anak saya yang berusia 2, 4 dan 6 tahun tu, semuanya ikut saya dari belakang.. Saya ni dari jauh buatlah bahasa isyarat suruh my dear ambil Afrina, yela, macamana saya nak membeli jika semua anak dengan saya... Saya takut anak saya tak "behave" & saya tak mampu nak jaga mereka bertiga...

Tapi tu la u all, sesungguhnya Tuhan itu maha pengasih lagi maha penyanyang.. AllahuAkbar... Rupa2nya, ini perangai sebenar anak saya.. U all tahu tak, ketika di dalam Mydin, Alisha tengok botol air tau, lepas tu cakap dekat saya yang dia nak botol air tersebut, saya pun cakap dekat Alisha "Lainkalilah kita beli, tunggu dapat gaji dulu"... Alisha pun ok je la kan, tapi dalam ok dia tu, dia adalah tanya "Ibu tak dapat gaji lagi ke?"... Kami 4 beranak pun pusing2lah lagi dalam Mydin tu.. 

Bila sampai di area minuman, maksud saya dekat area air vitagen & sewaktu dengannya, Aqilah terus pegang air tersebut lepas tu cakap "Ibu, nak ni"... Alisha pun jawab "Tak boleh beli lagilah Aqilah, kene tunggu ibu dapat gaji dulu"... Aqilah pun letaklah kembali air tersebut... Jalan depan sikit, air tu ada pulak dekat tempat lain tau... saya nampak Aqilah nak pegang air tu lagi tau, tapi saya tenampak tangan dia macam terberhenti sekejap, seolah2 dia teringat yang tak boleh beli sebab tak dapat gaji lagi... Afrina yang sedang pimpin tangan saya juga nampak situasi tersebut, terus angkat tangan sambil cakap "Jangan, jangan" dekat Aqilah... AllahuAkbar... menahan sebak saya dalam diri tau u all... Bayanglah, anak sekecil Alisha, Aqilah dan Afrina pun memahami bila saya kata tak boleh beli lagi sebab belum dapat gaji.. Alaaa sambil taip ni pun, air mata saya duk bergenang...

Saya selama ni, kalau dengan anak2, bila bab anak nak sesuatu yang benda2 tak mengarut, saya memang belikan untuk mereka tau... tapi dalam masa yang sama, saya selalu sebut pasal gaji juga dekat anak2... sebab saya nak mereka tahu yang kami ibu bapa mereka ni, tidak sentiasa ada lebihan duit.. Lagi satu perangai saya, saya takkan sesekali menipu anak2 saya... Saya kalau tak mampu, saya terus terang cakap tak mampu.. Kalau saya berjanji nak beli atau nak memujuk anak, saya takdalah cakap "petang nanti kita beli".. walhal petang tersebut tak beli pun, entah petang bulan depan pun belum tentu beli... Saya jenis yang yang kalau saya kata petang nanti, petang nanti tu la, InsyaAllah dengan izin Tuhan pasti saya tunaikan janji saya tu.. Kalau saya sendiri tak pasti bila, saya akan cakap, "Nanti2 baru kita beli tapi ibu tak pastilah bila"...

Apa2 pun saya bersyukur sangat dikurniakan anak2 seperti mereka.. Dapat merasai peluang keluar 4 beranak dengan anak, walaupun saya tak pernah terpikir ianya akan berlaku macam ni... Pada pemikiran saya, pasti akan berlaku situasi yang akan buat saya "ggrrrr".. Alhamdulillah kerana Tuhan menggerakkan hati my dear untuk tak masuk ke dalam Mydin dan Alhamdulillah juga kerana Tuhan menggerakkan hati anak2 saya untuk follow saya masuk ke dalam Mydin... Duhai anak, terima kasih kerana menjadi anak yang memudahkan ibu dan abah, terima kasih juga dekat yang maha ESA kerana memberi saya anak2 sebagai pinjaman di atas muka bumi ini...

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
AllahuAkbar.. ini rupanya sikap sebenar anak-anak saya

{ 7 comments.. read them below or add one }

Illya LeYa Illya LeYa November 14, 2016
sedih baca kisah zarina ni... Baik anak2 zarina handle diri masing-masing di kala ibunya tidak mencukupi wang utk kehendak mereka.
Ciktie Ciktie November 14, 2016
Alhamdulillah, beruntung akak.. budak2 ni kalau kita dah janji mesti dia ingat.
Nadia Johari Nadia Johari November 14, 2016
alhamdulillah..anak2 memahami
bella hamzah bella hamzah November 16, 2016
Alhamdulillah bijaknya anak akak,pandai akak ajar anak akak.Budak2 ni paham kalau kita beritahu diorang.Yang jadi haruu tu bila kite xbagitau then bila diorang merengek kita belikan je.
sitirohaida sitirohaida November 21, 2016
alhamdulillah...mereka memahami situasi ibu mereka...anak tak tau lagi nak meminta...harap mereka pun akan memahami bila saya dalam situasi ni...
raihanah raihanah November 21, 2016
saya pun macam sis, saya akan kongsi dgn anak2 susahnya dpat duit. alhamdulillah reaksi dan penerimaan mereka mmg luar jangka
Adam Adam November 22, 2016
Tulisan ni dlm hp saya tak jelas. Nanti saya baca kat rumah guna ltop.