Resepi bergambar cucur jawa @ penjaram @ penyaram

Kalau saya, saya panggil cucur jawa, tapi orang Sabah panggil penjaram, selain dari tu ada jugak yang panggil penyaram.. Nama berbeza tapi kuihnya sama je.. Dah berminggu2 saya duk terbayangkan cucur jawa @ penjaram @ penyaram ni haa... Saya nak buat tapi tepung beras takda, baru ni kami keluar terus beli tepung beras.. Puas hati dapat makan.. Saya buat satu adunan ni, banyak jugakla yang dapat.. tapi bukan saya goreng sekaligus tau... tak habis goreng hari ni, esok sambung goreng semula.. hahahha.. 

Apa2 pun, cucur jawa @ penjaram @ penyaram ni memang sedap..!!! Sangat puas hati bila dapat masak sendiri & dapat makan banyak2.. Ohya, saya sebenarnya jarang jumpa & jarang makan.. kalau makan pun maybe baru sekali dua je kot.. tak taulah kenapa tiba2 cucur jawa ni bnoleh muncul dalam ingatan saya pulak.. dah tak pasal2 saya teringin.. Nasib baik sekali buat terus jadi... Bila jadi, hati seronok, bila seronok, tak payah peram entry dekat draft, semalam buat, hari ni terus share entry.. muahhahah


CARA : SEKETOI GULA MELAKA + SETENGAH CAWAN GULA PUTIH + 2 CAWAN AIR = MASAK HINGGA GULA CAIR, LEPAS TU TAPIS & BIARKAN SEJUK... AIR GULA TADI + 2 CAWAN TEPUNG GANDUM + 2 CAWAN TEPUNG BERAS + SECUBIT GARAM = KACAU HINGGA SEKATA.. KALAU LIKAT, U ALL BOLEH TAMBAH AIR (saya tambah 1/2 cawan).. LEPAS TU U ALL BOLEH PERAP.. SAYA PERAP SELAMA 4 JAM.. TAPI KALAU NAK PERAP DARI MALAM SEBELUM TIDUR TU PUN BOLEH JE.. Bancuhan adunan tu, bila u all "tuang ke tarik ke" macam gambar atas tu, dia tak putus... Lepas peram, adunan tu ada nampak bintik2 halus macam gambar atas tu jugak... Tak reti nak explain la pulak...


DAH SIAP PERAP, U ALL DAH BOLEH GORENG... MINYAK TU TAK BANYAK SANGAT & TAK SIKIT SANGAT... TENGOK MINYAK MACAM DEKAT KUALI HANGIT SAYA TU HAA... HARAP U ALL DAPAT GAMBARAN.. eh, u all abaikan je la kuali hangit saya tu tau.. U all pikir je positif.. pikir je yang saya ni rajin masak, tu yang kuali pun hitam legam.. hahhahahhahha... 

U all tengok gambar 1 , masa mula2 letak dia tenggelam semua.. lepas tu dia akan masak bermula dari tepi menghala ke tengah, macam "gunung berapi" tu je gaya dia... bila dah nampak ok, bolehlah u all balikkan cucur jawa tersebut.. Nanti dia akan jadi macam "bukit" dekat tengah tu haa..


Haaa kalau u all taknak guna resepi saya tu, u all boleh guna resepi kawan saya ni.. resepi dia lagi senang.. gedebuk je... Kawan saya ni buat berniaga.. Moga Tuhan murahkan rezeki kawan saya tu sekeluarga...  CARA : 1 1/4 CAWAN AIR + 1 CAWAN TEPUNG GANDUM + 1 CAWAN TEPUNG BERAS + 1/2 CAWAN GULA MERAH + 1/4 CAWAN GULA PASIR + SEDIKIT GARAM = BLEND SEMUA SEKALI.. LEPAS TU PERAM DALAM PETI AIS AT LEAST 8 JAM... Alaa senang cakap, nak masak pagi, malam tu sebelum tidur, u all bancuh la siap2...


Tahap kegaringan tu terpulang dekat u all... Gambar yang ada cucur jawa banyak2 tu, saya buat kurang garing, yang gambar atas ni, "renda2" kat tepi cucur tu garing sikit... 2 2 pun sedap.. tapi kadang2 rasa macam yang "renda2" garing tu sedap lagi.. gigitan mula2 tu terasa rangup "renda2" dia tu.. lepas tu menghala ke tengah dah rasa lembut.. Maksud saya bila dimakan masa panas..


"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

"Iman itu tidak diwarisi sekalipun ayah kita seorang yang bertakwa... maka, usahalah diri kita sendiri mencari ilmu untuk menjadi insan yang bertakwa"

{ 7 comments.. read them below or add one }

ecadwinkyasha ecadwinkyasha January 28, 2016
akak,....guna gula tebu pun oke.hehehe
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI January 29, 2016
sdpnya..

lama tak mkn.. buat sndiri tak pernh beli aje..hihi
Unknown Unknown January 31, 2016
husna panggil topi mexico kak ina.. hahhaa.. kwn rumah hsna kalu balik bcuti, esok tu nak mai balik mesti dya akan bawak.. sedapp mak dya buat.. tak tebal tak nipis.. renda² dya pon rangup.. teringin la nak buat nanti..:)
Si Matatajam Si Matatajam January 31, 2016
M pun panggil cucoq jawa..mmg sedap kalau pekena ngan ayaq kopi ooo panaih..
Mimie Mimie January 31, 2016
Uittt....nampak sedap....rajin kak ina...sy nih tahap kemalasan melanda teringin nk buat tp duk tgguh2 lak..aishh
Dunia Zumal Dunia Zumal February 03, 2016
Zumal selalu makan tapi tak tahu nama kuih nie