Petua dan doa nak bagi anak cepat bercakap

Entry sebelum ni saya ada berkongsi dengan u all pasal kerisauan saya dengan anak solehah Aqilah yang masih belum mahir berbicara.. Aqilah dah berusia menghampiri 3 tahun 3 bulan, itu kalau ikut bulan, kalau ikut tahun, dah 4 tahun la tahun ni... Tahun depan nak sekolah, susah hatinya u all... Bila saya dah susah hati, makanya saya duk men'google' je la cari macam2 info.. dalam saya duk mencari tu, saya adalah jugak baca komen ibu2 berkaitan petua... Errmmm dalam bab ni, rasanya saya harus try jugak petua orang lama2 ni.. selain dari buat aktiviti2 yang boleh merangsang percakapan Aqilah... So, kat sini saya nak berkongsi la petua tu dengan u all...


Kata mommy yang share gambar atas ni, katanya ini dari buku Ustaz Harun Din... Kebetulan dekat rumah saya memang ada stok madu asli, terus saya buat dekat Aqilah tadi.. Nak jadikan amalan harianla baca doa kanak-kanak lambat bercakap & sapu madu bawah lidah ni... Bukan susah pun kan, Baca surah Al-fatihah & surah An-Nisaa' ayat 164 ni pada madu lepas tu sapu je madu tu bawah lidah anak kita... Usahakan u all, doa tu kan "senjata" kita, mana tau dalam tiap2 hari berdoa tu, ada satu hari yang doa kita yang Tuhan nak makbulkan... InsyaAllah.. Ohya, berkaitan mommy yang share ni, katanya anak dia umur 4 tahun baru boleh sebut ibu dengan jelas.. Dia selalu berdoa & baca doa kanak-kanak lambat bercakap dari buku Ustaz Harun Din ni.. Alhamdulillah masa anak dia umur 6 tahun (usia anak ketika perkongsian doa tersebut), anaknya dah boleh membaca buku BI, BM & mengaji IQRA buku 6... Alhamdulillah..!! moga lepas ni Aqilah pulak akan menyusul.. Aamiin..

Selain tu jugak, boleh baca Surah Toha ayat 25 - 28.. Banyak sebanyak 7 kali & hembus ke mulut anak.. Boleh buat sebelum anak terlena..

Itu berkaitan doa, ini pulak berkaitan petua.. katanya bagi anak minum sesudu dua air bubur nasi... Alaa macam ni maksud dia... u all masak nasi, ketika air nasi yang pekat tengah mendidih tu, u all ambikla sesudu dua pastu bagi anak makan.. tapi selain dari tu, ada jugak saya terbaca, katanya lepas ambik air tersebut, campurkan dengan garam, bila dah suam bagi anak minum.. sambil2 tu bacalah Al-Fatihah & niatkan anak mula bercakap...

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

"Tuhanku, Aku tak layak ke syurgaMU namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU"

5 comments.. read them below or add one

babYpose babYpose January 11, 2016
Terima kasih perkongsian ini, saya cuba suruh Fadya sebut Bismillah,Allah mudahan boleh bercakap fasih..
syawalsimpsons syawalsimpsons January 11, 2016
syawal pon umo 4tahun br bercakaplancar...alhamdulillah nampak perubahan...si izz pin mcm aqilah..satu patah pon susah nak sebut..malas pin eye jugak...inshallah sue pon nak try jugak la petua ni..moga2 allah mendengar doa kita
Unknown Unknown January 12, 2016
Aqilah sebaya dengan anak saya la .tahun depan dah sekolah..Agaknya tunggu masuk sekolah nanti, ramai kawan2 baru dia lancar bercakap kot...
CXopportunities CXopportunities January 14, 2016
Blh try ni .. tk sbr nk dgr ank ckp even ank baru 4bln hahaha
HAJARHAJAR July 30, 2016
anak lelaki saya AHMAD RIFAII DAH BERUSIA TIGA TAHUN JUN LALU, MASIH TAK BERCAKAP LG HANYA MENGELUARKAN BUNYI2 YANG TIDAK DIFAHAMI. SAYA HANYA AMALKAN SURAH TOHA JE. LEPAS JUMPA YG NI SAYA NAK AMALKAN PULA MEMBERI AIR DIDIH NASI TU. sEMOGA RIFAII BOLEH BERCAKAP TIDAK LAMA LG
tERIMA KASIH ATAS PERK0NGSIAN