Kelebihan mengajar anak guna gunting & gunting khas untuk anak-anak

Tak semua ibu bapa memberi keizinan untuk anak2 mereka guna gunting kan?? Yela, kita dah terbiasa yang gunting itu bahaya... Iye memang betul gunting ni bahaya..Tapi macam saya, memang saya bagi keizinan anak2 saya guna gunting dari kecik lagi TAPI DIBAWAH PENGAWASAN SAYA.. Takdalah saya bagi gunting, lepas tu saya terus blah biarkan je mereka main gunting sorang2... tapi saya ada disebelah la untuk memerhati... Ini sekadar pendapat saya, dalam mendidik anak, setiap orang ada cara tersendiri tapi motif kita tetap sama...

Saya nak cerita dekat u all tentang kelebihan bagi anak guna gunting... U all tahu tak yang sebenarnya ketika anak kita sedang menggunting, jari jemari anak kita yang sedang bergerak tu adalah satu perkembangan motor halus.. Tahu tak motor halus ni apa?? Motor halus ni ni kiranya antara kemahiran yang melibatkan pengawalan otot2 kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari2 tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah... Selain tu motor halus ni jugak melibatkan koordinasi pergerakan kecil anak2 kita tu termasuklah jugak koordinasi mata yer... U all tahu tak apa kepentingan motor halus ni?? Anak2 kita ni akan berkebolehan seperti pegang pen or pensel dengan betul, makan guna sudu, ikat tali kasut... Itu antara contohla.. tapi yang paling penting, ianya untuk membantu anak kita menulis dengan baik dan betul...

Saya bagi u all satu contoh aktiviti guna gunting, iaitu kolaj.. U all bagi gambar dekat anak u all... alaa senang cakap macam ni, u all ambik komik ke, majalah ke, atau apa2 je buku yang ada gambar bagi dekat anak u all... Sebagai contohlah, kertas yang ada gambar rumah... U all suruh anak u all gunting mengikut bentuk rumah tu, lepas tu u all bagi anak u all gam & kertas lukisan suruh anak u all tampal rumah yang dia dah gunting tadi tu dekat kertas lukisan tersebut.. bukan setakat rumah, suruh jugak anak u all gunting gambar pokok ke, kereta ke... lepas tu tampal dekat kertas yang ada gambar rumah tadi... dah jadi satu pemandangan.... Biarkan anak u all tu berimaginasi sendiri, pasti mereka suka..!!

Aktiviti menggunting ni jugak, dapat membantu anak2 yang hiperaktif untuk belajar buat kerja secara teratur, berhemah dan kemas... Ketika menggunting tu jugak, bukan setakat otot2 kecil di tangan ni je yang bergerak, tapi jugak koordinasi mata anak kita tu... Dekat sinilah akan membentuk diri anak kita lebih fokus... Haaa nampak tak apa kepentingan bagi anak guna gunting???


Kalau u all risau nak bagi anak u all gunting yang tajam2 tu, u all boleh bagi anak u all guna gunting yang memang khas untuk kanak2 ni haaa.... Gunting ni murah je, RM1 je pun satu... dekat kedai Mr. DIY pun ada rasanya..  


Gunting ni kalau setakat nak potong kertas, no hal...perfect..!! U all boleh bagi anak u all guna tanpa perlu risau... gunting ni bukannya tajam macam gunting kita biasa guna tu... Pasti anak u all akan lebih seronok guna gunting ni... "Mata" gunting tu, bukan setakat yang lurus je, bercorak pun ada... Lagi anak excited..!! Saya pun excited jugak, sebab zaman saya kecik dulu takda pulak gunting yang comel2 macam ni.. hahaha

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

"Tuhanku, Aku tak layak ke syurgaMU namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU"

{ 18 comments.. read them below or add one }

syawalsimpsons syawalsimpsons November 17, 2015
sue penah buat kat syawal..kat izz belom try lagi...guntingnya ada...
Unknown Unknown November 17, 2015
saya pun bagi je anak main gunting..tapi kena simpan semua kertas2 penting..hahah..anak saya pernah gunting duit..sabar jela..mujur duit singgit je...heheheh
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI November 17, 2015
gntg cmni xpe lg..jgn gntg kain yg bsar tu..hihi
cahayahidupku.blogspot.my cahayahidupku.blogspot.my November 17, 2015
Tu sekarang di sekolah ada diajar aktiviti memotong ni kan IB..
Akak tengok Nabil anak akak ada sahaja yg digunting nya dan ditampal didalam buku..
nad nad November 17, 2015
u all, u all.. hehehe
Unknown Unknown November 17, 2015
seronok pakai guunting ni..mak nya pun excited terlebih..kikiki
zarul farhana zarul farhana November 17, 2015
info bagus... tapi xda anak lagi la..hihi
IntaNBerliaN IntaNBerliaN November 18, 2015
Hahaha dah jadi macam trademark kan.. Dari mula2 ada blog thun 2011, saya guna "u all"...
IntaNBerliaN IntaNBerliaN November 18, 2015
Hahaha dah jadi macam trademark kan.. Dari mula2 ada blog thun 2011, saya guna "u all"...
Rizziela Rizziela November 18, 2015
Nanti boleh carikan anak2 gunting ni..selamat sikit dr guna gunting biasa tu kan
Aryan azra Aryan azra November 24, 2015
bagus ni, akak pun kadang2 bagi juga anak main gunting
Puan Kutu Puan Kutu November 24, 2015
memang aktivity mengunting ni bagus untuk fine motor anak

tak sempat2 lagi nak terjah DIY..bersusun ni brg dlm kepala otak..semua pun nak beli.hahaha
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip November 27, 2015
ooooo CT ingat gunting ni macam acah2 je.. sebab tak tajam..
uish tajam gak tu bleh gunting ketas kan..
arzmoha arzmoha November 29, 2015
tips yang bagus ni....nanti boleh cuba dedahkan pada cik puteri
nini nini November 30, 2015
Betul.....banyak benda yang boleh buag based on gunting menggunting ni....tapi opkos la kena perati and monitor la kan
lynndAmya lynndAmya December 03, 2015
Salam, haa betul jugak tu kan kak! :D
at least kuat sikit tangan dia tu sbb dah guna utk kerja yg lebih mencabar sikit..seronok pun seronok :D
Nadiah Hanum Nadiah Hanum January 27, 2016
Saya sedang blogwalking cari info2 tentang motorskill anak..suka entry ni, good sharing..salam kenal dari Blog Cik Nad..;)