Usia permulaan ajar anak FREE DIAPERS

Muka budak seronok tak payah pakai pampers

Allahuakbar.. Tiba2 saya rasa sayu.. Cepatnya masa berlalu.. cepatnya Aqilah membesar.. Alhamdulillah saya dikurniakan anak yang cepat matang walaupun jauh disudut hati rasa sayu.. Sayu kerana anak saya jenis memahami, sentiasa nak menyenangkan ibu mereka... Allah.. sedih plak nak karang entry ni... Maybe u all yang membaca tak dapat feel apa yang saya rasa sekarang, tapi saya sebagai ibu yang 24 jam bersama anak2, sangat2 rasa sayu + bersyukur dengan Tuhan...

Ketika saya mengandungkan Aqilah, Alisha pun cepat menjadi seorang yang matang.. Sebelum kelahiran Aqilah @ ketika umur Alisha 2 tahun, dia dah start tak nak pakai pampers.. Macam tahu2 je dia bakal jadi kakak, konon2 dah besar la.. Mengandung kali ni pun, u all tahu tak, Aqilah pun dah start tak nak pakai pampers hari ni.. Actually sebelum ni lagi dia tak nak pakai pampers tapi saya paksa jugak, so, dia kenalah pakai jugak.. Tapi hari ni, bila bagi dia pakai pampers, dia tak nak, betoi2 tak nak.. bagi pakai pun dia bukak balik.. Last2 saya pikir, cara memaksa bukanlah penyelesaiannya... PENYELESAIAN TERBAIK ADALAH AJAR AQILAH FREE DIAPERS..!! It's more better dari saya memaksa dia pakai pampers... Memaksa bukanlah sesuatu yang bagus dalam mendidik anak..

Usia Aqilah sekarang baru setahun 4 bulan.. bagi saya, usia bukan penghalang... yang penting kita sebagai ibu ni harus ada semangat..!! Jika kita yakin, kita tekadkan diri untuk ajar anak FREE DIAPERS.. InsyaAllah boleh.. Tuhan sentiasa bersama kita yang sentiasa berusaha... lagipun, saya tengok jiran dekat taman rumah saya ni, bangsa lainla tapinya, anak dia lebih kurang usia Aqilah je tau u all.. dia DAH LAMA FREE DIAPERS...!! So, usia bukan halangan la kan.. saya ambik semangat dari melihat anak kecik tu yang free diapers, so, saya buat jugak dekat Aqilah.. dah ini yang Aqilah nak.. adalah sebab musabab yang dia rasa tak nak pakai pampers tu kan... Manalah tahu kot2 kematangan diri dia tu yang buat dia rasa dia akan bergelar kakak so, dia harus jadi "budak besar".. hihii.. Macam Alisha dulu la, sebelum lahirnya Aqilah, dia dah free diapers... Lagi satu, mana nak tahu kot2 Aqilah menjadi "orang tengah" yang Tuhan kurniakan untuk kami lebih jimat... Yela, bila Aqilah hanya pakai pampers di siang hari, tak ke my dear dah dapat jimatkan duit untuk pampers Aqilah.. so, duit tu, bolehlah laburkan ke arah pembelian susu formula Aqilah.. Memandangkan Aqilah sekarang pun dah terpaksa minum susu formula jugak selain dari susu badan saya yang dah drop ni..

Hari ni adalah hari pertama Aqilah FREE DIAPERS... Buat permulaan, Aqilah hanya free diapers di siang hari je la.. kene ikut step by step... Setakat waktu ni, saya bawak Aqilah ke tandas setiap setengah jam sekali... Ohya, untuk pengetahuan u all, Aqilah masih belum reti lagi untuk bagitahu yang dia nak kencing or apa2 tau.. TAPI bagi saya ITU BUKAN HALANGAN... Setiap anak, mereka dah ada kepandaian tersendiri.. Tak pandai cakap, tak pandai bagitahu, TAK SEMESTINYA MISI FREE DIAPERS AQILAH ni tak berjayakan.. ANAK TAK PANDAI SEBAB KITA TAK AJAR, BILA KITA AJAR INSYALLAH DARI TAK PANDAI BAGITAHU NAK KENCING TU DIA AKAN PANDAI BAGITAHU... 

Semuanya bergantung pada diri kita.. Jika kita tekad & berdisiplin InsyaAllah berjaya..!! Seperti yang saya tegaskan selama ni, "UNTUK BERJAYA JANGAN SESEKALI WUJUDKAN ALASAN"... Yap, saya yakin saya & Aqilah mampu menjayakan misi ni sebab jiran saya mampu.. Dah ada bukti depan mata.. so, kita semua pasti mampukan u all... Semangat..!! Semangat..!! Motivasi & positifkan diri sangat2 penting untuk berjaya.. (",)



"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 15 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown March 21, 2014
rasanya 1st time akak tengok gambar dia tersenyum macam ni kalau tak masam je muka dia.... good girl aqilah
syawalsimpsons syawalsimpsons March 21, 2014
SUE PON NAK CUBA JUGAK LA PADA IZZ..TP NAK TGK DOLU LA CARA INA BERSAMA AQILAH
Unknown Unknown March 21, 2014
cerdik aqilah yer taknak pakai dah pampers..
lagi senang la kak ina kalo dier sendiri tak nak..boleh dah start ajar slow2..
kalo chinese kan, belum umur setahun pon dorang dah free diapers tau..pernah jumpa kat klinik pakar..elok jer bukak pampers ajar anak kencing..siap bawak bekas khas plak tu..
jaakechik jaakechik March 21, 2014
Cerdik le aqilah ni.. kekecik dah pandai nak free diapers sendiri.. hehe.. anak jaa yang 2 tahun 4 bulan tu pon tak tahu apa-apa lagi...
Fiza Rahman Fiza Rahman March 21, 2014
Baguslah aqilah . Dah boleh jimat duit pampers nih.
Unknown Unknown March 21, 2014
tulah kan ina ade juga hikmah ina mengandung lagi semasa aqilah yg masih kecil ni. smg kakak isha dan kakak aqilah mnjdi kakak dan anak yg solehah
Maria Firdz Maria Firdz March 22, 2014
good girl aqilah.. seindah nmanya...
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ March 22, 2014
salam k.ina..

alhamdulillah..
seronoknye baca perkembangan aqilah ni..
tahniah aqilah dah free diapers,,
myza myza March 23, 2014
Salam ziarah kt sini
Very inspired post indeed
Saya bru bkira2 nk ajar my boy yg bru 2years ni diaperless tp xpandai.masa blgwalking ttg pregnncy tjumpa your blog..tq for sharing this..nk try trained my boy.hope lepas adik dia lahir dia dh fully diaperless..inshaAllah
ayut ayut March 23, 2014
Moga bjya kak ina dan aqilah..lg sng sbb aqilah yg mahu kan..insya Allah blh...
shahdiana shahdiana March 24, 2014
semangat betoi ina ni..baguslah macam tu...
Mimie Mimie March 24, 2014
Alhamdulillah seronok sy dnga aqilah dh free diapers
Unknown Unknown March 30, 2014
Aqilah bijak seperti namanya.. byk myenangkan ibu kan nak
QasehnyaRania QasehnyaRania April 04, 2014
bagus aqilah xnak pakai pampers.
aqilah dah thau tu, nanti adiknya pulak nak pakai pampers.. so, utk memudahkan ibu juga di samping dpt jimatkan duit belanja abah utk beli pampers aqilah.

smga dilancarkan segala urusan free diapers aqilah.aamiin